i-Fitri : Bantuan Kewangan Sehingga RM 400

Kerajaan Negeri Terengganu mengembalikan pemberian dana raya kepada rakyat negeri yang layak melalui bantuan i-Fitri pada tahun hadapan.

Bantuan ini dikatakan akan diberikan kepada golongan yang berkeperluan dan jumlah pemberian sehingga RM 400.


APA ITU i-FITRI ?

i-Fitri adalah sejenis bantuan yang akan diberikan kepada rakyat yang layak pada tahun hadapan. Pemberian bantuan ini adalah sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 nanti.

Bantuan ini adalah bantuan yang diberikan semasa pembentangan Bajet 2022 Kerajaan Negeri pada Isnin lalu. Ia sudah tentu untuk meringankan beban rakyat agar boleh menyambut hari raya dengan ceria.

Pemberian bantuan ini diharapkan dapat menyokogn kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40


JUMLAH BANTUAN

Terdapat 2 jenis jumlah bantuan diberikan, ia berdasarkan syarat kelayakan terutamanya mengenai perbezaan pendapatan bulanan :
  • Bantuan berjumlah RM 400 kepada penerima B40 yang layak
  • Manakala bantuan RM 250 kepada penerima kategori M40 yang layak

SYARAT KELAYAKAN

Buat setakat ini, tiada syarat kelayakan rasmi diberikan. Tetapi ia hanya berdasarkan kategori rakyat. Sekiranya tergolong dalam B40 maka akan dapat bantuan RM 400 secara automatik manakala jika M40 maka bantuan yang akan diterima ialah RM 250.


CARA PERMOHONAN

Tiada kaedah untuk permohonan diberikan setakat ini. Tetapi pihak kami akan sentiasa kemas kini dari masa ke masa.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 ini mengenai Belanjawan Terengganu Tahun 2022 yang bermula 15 sehingga 18 November di Wisma Darul Iman, Terengganu Darul Iman.

 

Leave a Comment