i-lindung KWSP kini dilancarkan

 

KWSP Lancarkan i-Lindung, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Terbaru, pihak KWSP baru sahaja mengumumkan secara rasmi mengenai pelancaran sebuah program yang dikenali sebagai i-Lindung KWSP. Berikut adalah maklumat penuh mengenainya 

APAKAH ITU I-LINDUNG 

i-Lindung adalah platform layan diri di dalam i-Akaun untuk memberi kemudahan bagi pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli yang membenarkan ahli untuk melakukan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membeli produk insurans dan menyertai produk takaful dari syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan oleh KWSP.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP yang menggunakan i-Akaun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam akaun KWSP

JENIS PERLINDUNGAN YANG DITAWARKAN 

  • Perlindungan hayat
  • Perlindungan penyakit kritikal

CIRI UTAMA I-LINDUNG

1. Proses yang lancar
  • Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatan
2. Sebut harga serta merta
  • Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talian
3. Pusat maklumat
  • Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan
4. Paparan keseluruhan
  • Memaparkan maklumat berkaitan polisi/sijil yang dibeli secara keseluruhan
5. Bila-bila masa dan di mana sahaja
  • Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua

PEMBELIAN PRODUK I-LINDUNG DENGAN EJEN INSURANS ?

Tidak, pembelian produk di bawah i-Lindung hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun sahaja. Anda tidak boleh membeli dengan mana-mana ejen insurans atau takaful di luar.
Sumber : KWSP i-Lindung

Leave a Comment