Info terkini Pengeluaran KWSP perlu dibenarkan kepada pencarum yang layak untuk mereka meringankan beban sara hidup pada tahun ini.
Untuk makluman, isu pengeluaran wang simpanan KWSP sedang menjadi perkara hangat yang dibincangkan dalam sidang dewan rakyat pada Rabu bersamaan 22 Februari 2023.
PENGELUARAN KWSP PERLU DIBENARKAN
Untuk sedia maklum, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob yang merupakan ahli parlimen Bera merupakan antara sosok yang lantang menyuarakan pendapat untuk pengeluaran KWSP secara bersasar kepada yang benar-benar layak.
Sebagai contoh, pencarum yang memperoleh gaji sebanyak RM 2,000 selepas 10 tahun simpanan berkenaan mencecah RM50,000. Jika pengeluaran dibenarkan, ia tidak akan habis sekiranya jumlah wang sedikit.
Seterusnya, selaku wakil kawasan Kuala Selangor (PH) iaitu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut menyuarakan bahawa kerajaan perlu memluluskan pelaksanaan pengeluaran KWSP. Ia untuk membantu pencarum yang terkesan pada waktu ini.
Selain itu, Syahir Che Sulaiman selaku wakil PN kawasan Bachok juga telah menegaskan bahawa impak pengeluaran KWSP secara bersasar sangat besar. Ini dapat memulihkan ekonomi domestik dan dapat membantu golongan yang memerlukan.
ALTERNATIF LAIN BAKAL DIUMUMKAN
Info terkini Pengeluaran KWSP, semua kenyataan tersebut kemudian dijawab oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan. Menurut beliau seperti mana yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, alternatif lain untuk membantu kumpulan berkenaan akan diumumkan pada sidang Bajet 2023 Jumaat ini.
E-PENGELUARAN KWSP
Buat masa ini, hanya kemudahan e-Pengeluarna KWSP sahaja yang dibenarkan untuk pencarum membuat pengeluaran di mana jua dan bila-bila masa. Sila rujuk portal rasmi KWSP untuk maklumat lanjut.