Jumlah Bayaran Bantuan STR Fasa 2 Mengikut Kelayakan

Jumlah Bayaran Bantuan STR Fasa 2 Mengikut Kelayakan. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.

Kerajaan telah menaikkan bayaran STR Fasa 1 (2024) sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding RM300 pada Fasa 1 tahun lalu.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600.

Bantuan STR ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.

STR FASA 2 DIBAYAR SEBELUM HARI RAYA

Bayaran bermula 3 April 2024.

Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Jumlah ini dijangkakan akan bertambah sehingga 9 juta penerima.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KELAYAKAN

1. Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

  • RM 150 hingga RM 650

2. Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)

  • RM 100 hingga RM 300

3. Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM 150

4. Bujang

  • RM 100

CARA BAYARAN

Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu

  • Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
  • Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).