Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2024 semakin diawalkan berbanding STR Fasa 1 2023.
Pembayaran STR Fasa 1 tahun ini diawalkan kepada bulan Januari ini iaitu bermula 29 Januari ini.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI KEDUA (2024) bagi membantu golongan kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.
BILAKAH PEMBAYARAN STR FASA 1
Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, pembayaran secara rasmi akan bermula pada 29 Januari ini.
Manakala bagi penerima yang tiada akaun bank termasuklah penerima pedalaman Sabah Sarawak, anda boleh membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 29 Januari juga.
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1
Kadar bayaran adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | BAYARAN FASA 1 (RM) |
| 0 | 1,000 | 500 |
| 1-2 | 1,500 | 500 |
| 3-4 | 2,000 | 500 |
| 5 & Lebih | 2,500 | 500 |
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | BAYARAN FASA 1 (RM) |
| 0 | 500 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 |
| 3-4 | 1,000 | 250 |
| 5 & Lebih | 1,250 | 300 |
| BUJANG KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | BAYARAN FASA 1 (RM) |
| 350 | 100 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | BAYARAN FASA 1 (RM) |
| 600 | 150 |
SIAPA YANG LAYAK STR 2024
Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.