Kategori Yang Dibenarkan Pengeluaran KWSP.
Kategori Yang Dibenarkan Pengeluaran KWSP
Walau bagaimanapun, pihak KWSP telah menyediakan beberapa skim pengeluaran yang dibenarkan tetapi mengikut syarat dan kelayakan pencarum sahaja. Ini bermaksud, pengeluaran tersebut tidaklah terbuka sebagaimana Pengeluaran Khas.
Sekiranya anda memerlukan wang KWSP anda khususnya pada akaun 2, anda boleh dapat sekiranya menepati syarat dan kelayakan anda.
KATEGORI YANG DIBOLEHKAN MEMBUAT PENGELUARAN KWSP
Terdapat pelbagai jenis kategori yang dibenarkan membuat pengeluaran wang KWSP secara bersyarat, ini adalah 4 kategori yang umum perlu tahuÂ
Baca Sini :
1) PENGELUARAN UNTUK MEMBELI RUMAH
Sekiranya anda berminat untuk memiliki sebuah rumah idaman, pihak KWSP memberi kemudahan kepada pencarum untuk memiliki rumah pertama sama ada melalui
- pembelian rumah lelong
- rumah subsale
- pembelian Rumah Mesra Rakyat
- pembinaan rumah sendiri
2) PENGELUARAN UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
Sekiranya anak anda masih belajar di universiti atau kolej, anda mampu menampung pembayaran yuran mereka menggunakan wang Akaun 2 KWSP sekiranya (jika ada) PTPTN tidak mencukupi dan lain-lain.
3) PEMBAYARAN IBADAH HAJI
Para bakal haji, boleh mengeluarkan wang simpanan pada Akaun 2 untuk mengurangkan bebanan kos. Anda boleh mengeluarkan wang tersebut melalui permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
4) PEMBAYARAN RAWATAN PERUBATAN
Sekiranya anda menghidapi 36 penyakit kritikal, anda turut boleh mengeluarkan wang Akaun 2 untuk menampung kos perubatan atau alat kesihatan.