Skip to content

KELAYAKAN BANTUAN SIMPANAN TAMBAHAN RM 500

KELAYAKAN BANTUAN SIMPANAN TAMBAHAN RM 500

Sebuah bantuan simpanan tambahan KWSP berjumlah RM 500 seorang akan dibayar kepada setiap pencarum yang layak.

Terdahulu, pengumuman inisiatif ini dibuat oleh Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan 2023 , Februari lalu.

BANTUAN TAMBAHAN KWSP RM 500

Dalam pembentangan Bajet 2023 tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan kerajaan bakal menambah caruman simpanan KWSP sebanyak RM 500 kepada individu yang layak.

Menurut beliau, pelaksanan inisiatif ini akan menelan peruntukkan hampir RM 1 bilion.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SIMPANAN TAMBAHAN

Berikut pula adalah syarat kelayakan untuk pencarum, hanya ahli yang layak sahaja akan terima simpanan tambahan RM 500 tersebut

  • Pencarum / Ahli KWSP yang mempunyai simpanna kurang RM 10,00 dalam Akaun 1 KWSP
  • DAN Pencarum / Ahli yang berusia antara 54 tahun sahaja

Dijangkakan hampir 2 juta ahli bakal terima manfaat berkenaan.

SIMPANAN HARI TUA

Simpanan tambahan RM 500 tersebut merupakan antara salah satu usaha pihak kerajaan untuk membina semula simpanaan persaraan rakyat.

Sedia maklum, pengeluaran khas KWSP telah dilaksanakan beberapa kali sejak pandemik melanda negara. Kesannya, simpanan para pencarum semakin berkurangan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan turut berharap agar rakyat yang mempunyai simpanan mencukupi akan terus menyumbang supaya lapisan pencarum mendapat manfaat.

BANTUAN DIKREDITKAN TERUS KE AKAUN 1 KWSP

Sekiranya anda menepati syarat yang diperlukan di atas, anda tidak perlu membuat permohonan.

Pihak KWSP akan terus kreditkan amaun RM 500 berkenaan ke Akaun 1 KWSP anda.

Ini turut bermakna bantuan simpanan RM 500 tersebut tidak boleh digunakan buat masa sekarang dan hanya boleh dikeluarkan ketika umur 55 tahun dan ke atas sahaja.

TARIKH BAYARAN

Buat masa ini, pihak kerajaan belum mengumumkan apa-apa lagi maklumat terkini mengenai bayaran simpanan tambahan berkenaan.

Sebarang maklumat terkini, akan di kemaskini dari masa ke masa.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *