Kemaskini Maklumat Untuk Menerima Bantuan RM 2,500

 

Kemaskini Maklumat Untuk Menerima Bantuan RM 2,500

Sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 1 sudah dikreditkan bermula bulan Mac tahun ini. Oleh hal demikian, pemohon yang tidak lulus perlu membuat kemaskini maklumat dan permohonan semula untuk menerima bantuan maksimum RM 2,500.

RAYUAN BKM 

Walau bagaimanapun, kerajaan sedar bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan ke dalam pangkalan data kerajaan. Oleh itu, sukacita diingatkan bahawa kerajaan akan membuka permohonan rayuan untuk BKM bagi pemohon yang tidak lulus sahaja.

SYARAT KELAYAKAN RAYUAN

Rakyat yang layak untuk membuat permohonan rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut
  1. Pemohon yang berstatus TIDAK LULUS atau
  2. Pemohon yang berstatus LULUS dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja
Manakala, permohonan rayuan ini tidak terbuka kepada pemohon baru yang belum membuat permohonan BKM sebelum ini.

TARIKH RAYUAN BKM

  1. Rayuan Dalam Talian – Bermula 2 Mei hingga 2 Jun 2022
  2. Rayuan Manual – Bermula 9 Mei hingga 2 Jun 2022

TARIKH BAYARAN RAYUAN

Menurut Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), setelah pangkalan data BKM dikemaskini, pembayaran rayuan BKM kepada mohon yang lulus akan dibayar pada
  • pembayaran BKM Fasa 3 dan 4 yang dijadualkan pada September dan Disember 2022.

CARA RAYUAN BKM 2022

1. RAYUAN DALAM TALIAN

2. RAYUAN SECARA MANUAL

  • Anda boleh membuat penghantaran borang rayuan ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan

Leave a Comment