KWSP : Pengeluaran Melalui Akaun 1 Dan 2 Dibenarkan

Terdapat 2 jenis akaun yang disediakan oleh pihak KWSP kepada para pencarum.

Akaun 1 bertujuan untuk mengeluarkan simpanan secara penuh pada usia matang atau beberapa sebab tertentu manakala Akaun 2 pula bertujuan untuk mengeluarkan simpanan secara sebahagian dan boleh sebelum usia matang.

BERUMUR 55 TAHUN

Ahli yang mencapai usia 55 tahun dibenarkan untuk membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 digabungkan menjadiakan Akaun 55. Jika pencarum emmilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

PEKERJA BERPENCEN

Bagi pekerja berpencen / persaraan pilihan, mereka turut dibenarkan membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan. Boleh dikeluarkan melalui Akaun 1.

BERUMUR 50 TAHUN

Pencarum boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

PENDIDIKAN

Pendidikan yang berkualiti merupakan kunci kepada kestabilan kerjaya sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa untuk ahli dan keluarga ahli.

Ahli / Pencarum boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara.

PEMBINAAN RUMAH

Membina sebuah rumah merupakan pelaburan yang terbesar bagi ahli. Bagi membantu ahli membina rumah impan mereka, kami membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah.

Leave a Comment