Pembayaran Bantuan GKP 3.0 RM 500 Bermula 12 Julai

 


Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul telah mengumumkan bahawa pembayaran Geran Khas Prihatin 3.0 bulan Julai yang telah diumumkan di bawah pelan PEMERKASA TAMBAHAN telah bermula.


Menurut beliau, pembayaran telah bermula pada 12 Julai iaitu pada hari Isnin. Untuk pengetahuan anda, pembayaran ialah secara berperingkat.

Jumlah Pembayaran

Untuk pembayaran GKP 3.0 bulan Julai, pembayaran ialah sebanyak 
  • RM 500
Manakala untuk pembayaran GKP 3.0 bulan Jun lalu, pembayaran ialah sebanyak RM 1,000.

Ini bermaksud menjadikan jumlah keseluruhan bagi GKP 3.0 adalah RM 1,500. 

Siapakah Yang Akan Menerima GKP 3.0 RM 500 ?

Anda akan menerima GKP 3.0 bayaran Julai sekiranya anda merupakan :
  • Penerima GKP 1.0 atau
  • Penerima GKP 2.0 atau 
  • Penerima GKP Rayuan atau 
  • Penerima GKP 3.0 Jun atau
  • Pemohon baharu yang lulus

Cara Pembayaran ?


Pembayaran bantuan GKP 3.0 adalah secara berperingkat, pembayaran rasmi adalah bermula 12 Julai iaitu pada hari Isnin.

Pembayaran adalah secara automatik ke akaun bank yang anda telah daftarkan dahulu.

Perbezaan GKP Permai dan GKP 3.0 ?

GKP Permai yang berjumlah RM 500 dan RM 1000 telah dibayar kepada mana-mana penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 bergantung kepada status COVID-19 negeri. Negeri bantuan GKP  PKP akan dapat RM 1000 manakala negeri yang PKPP atau PKPB akan dapat RM 500. Pembayaran telah dilakukan pada Mac lalu.

Tetapi. GKP 3,0 yang berjumlah RM 1000 akan mula dibayar pada Jun 2021 nanti.


0 thoughts on “Pembayaran Bantuan GKP 3.0 RM 500 Bermula 12 Julai”

Leave a Comment