Pembayaran Bantuan STR Fasa 1 Tahun 2025
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar secara berperingkat dalam empat fasa sepanjang tahun 2025. Pembayaran Fasa 1 dijadualkan pada suku pertama tahun ini. Untuk maklumat lanjut mengenai cara menyemak status pembayaran Bantuan STR Fasa 1, ikuti panduan yang disediakan di bawah.
Tarikh Pembayaran Bantuan STR Fasa 1
Tarikh pembayaran Bantuan STR Fasa 1 pada tahun 2025 akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Penerima yang belum mengemaskini permohonan mereka dalam tempoh tiga tahun berturut-turut disarankan untuk mengemaskini permohonan bagi memastikan kelulusan bantuan pada tahun ini.
Amaun Pembayaran Bantuan STR Fasa 1
Berikut adalah anggaran amaun pembayaran bagi Bantuan STR Fasa 1 berdasarkan kategori penerima:
Isi Rumah B40:
- 0 anak: RM250
- 1-2 anak: RM350
- 3-4 anak: RM500
- 5 anak ke atas: RM650
Isi Rumah M40:
- 0 anak: RM150
- 1-2 anak: RM200
- 3-4 anak: RM250
- 5 anak ke atas: RM300
Warga Emas (Bujang):
- RM150
Bujang:
- RM150
Perhatian: Amaun yang dinyatakan adalah anggaran. Jumlah sebenar akan diumumkan oleh kerajaan setelah dikemas kini secara rasmi.
Semakan Status Kelayakan Bantuan STR Fasa 1
Penerima boleh menyemak status kelayakan mereka untuk Bantuan STR Fasa 1 2025 dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik butang [TUTUP] untuk menutup makluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda (12 digit tanpa sengkang) pada ruang yang disediakan.
- Klik butang [Log Masuk] untuk masuk.
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik butang [Semak].
- Sahkan kata kunci keselamatan yang dipaparkan dan klik [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan tepat.
- Paparan profil anda akan muncul, kemudian klik [Semakan Permohonan].
- Pilih butang [Semakan 2025] dan tatal ke bawah untuk melihat maklumat lanjut.
- Klik pada butang [Maklumat Bayaran] untuk mengetahui status bayaran fasa pertama, yang akan dipaparkan sebagai ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.