Penerima BSH Automatik Mendapat Skim MySalam

Untuk makluman, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) secara automatik sah mendapat skim MySalam. Hal ini telah dipastikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim

Menurut beliau

Penerima BSH juga secara automatik mendapat MySalam, iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenal pasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal.

 Antara faedah perlindungan ialah RM8,000 akan dibayar kepada mereka yang di diagnosis oleh hospital dan pusat perubatan bertauliah bagi 45 jenis penyakit kritikal. Mereka juga berhak dilindungi apabila dimasukkan ke hospital sebanyak RM50 sehari bagi tempoh 14 hari sebagai meringankan beban kewangan semasa sakit

 katanya pada 2 Julai di Kota Kinabalu.

Beliau menambah, penerima BSH di luar bandar khususnya yang berada di Sabah dan Sarawak  perlu mendapat maklumat maklumat lanjut tentang bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. 


Beliau berkata, masih ramai penduduk layak di kawasan berkenaan belum menerima bantuan BSH terutama bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank.

Justeru, Abdul Rahim berkata, Kementerian Kewangan akan melaksanakan beberapa kaedah baharu bagi menyampaikan bantuan tunai kepada penduduk di kawasan terbabit, selain program turun padang dilakukan oleh Jabatan Perbendaharaan dan LHDN.

Ini termasuk menambah kiosk mesin juruwang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) serta melantik Pos Malaysia Berhad sebagai ejen BSN sebagai kemudahan penduduk luar bandar






0 thoughts on “Penerima BSH Automatik Mendapat Skim MySalam”

Leave a Comment