Pengeluaran Akaun 3 KWSP Telah Diluluskan : Semak Sekarang

Pengeluaran Akaun 3 KWSP Telah Diluluskan : Semak Sekarang. Terkini KWSP : Seperti yang sedia maklum pihak KWSP telah memberikan banyak kemudahan kepada pencarum sebelum ini antaranya seperti, membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Tambahan pula, terkini telah diperkenalkan Perlaksanaan Akaun 3 KWSP atau juga dikenali sebagai Akaun Fleksibel yang akan dilaksanakan pada bulan Mei 2024 ini.

Simpanan Akaun 3 KWSP

Untuk pengetahuan anda, perlaksanaan akaun 3 KWSP ini bertujuan untuk memberi manfaat dan kemudahan kepada ahli bermula awal bulan hadapan iaitu pada Mei 2024.

Melalui akaun 3 ini, pengguna dapat mengeluarkan wang simpanan dengan segera pada bila – bila masa sekiranya berlaku perkara yang mendesak. Walau bagaimanapun, pengeluaran adalah mengikut kadar peratusan yang ditetapkan.

Penstrukturan Senula Akaun KWSP

Struktur terbaru akaun simpanan Kwsp akan diagihkan kepada 3 Akaun dengan peratusan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Akaun 1 (Persaraan) – 75%
  • Akaun 2 (Sejahtera) – 15%
  • Akaun 3 (Fleksibel) – 10%

Para pencarum KWSP akan diberikan masa bermula Mei 20204 sehingga 31 Ogos 2024 (Fasa Pengumpulan) untuk memilih jumlah permulaan dalam akaun fleksibel iaitu Akaun 3.

Sekiranya ahli memilih untuk tidak ikut serta dalam jumlah permulaan akaun 3, maka baki mereka akan bermula dari sifar sehingga caruman baharu dikreditkan.

Pengeluaran Minimum

Seperti yang dimaklumkan, simpanan Akaun flesibel dapat dikeluarkan pada bila – bila masa sahaja dengan pengeluaran jumlah minimum sebanyak RM50.

Tempoh Kelulusan Pindahan Bayaran

Untuk pengetahuan anda, tempoh kelulusan pindahan bayaran ke Akaun 3 akan mengambil masa sepanjang 3 hingga 5 hari bekerja.

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat lebih lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari portal rasmi KWSP yang tertera dibawah.

https://www.kwsp.gov.my/ms/home