Pengeluaran Khas KWSP Untuk Lima Kategori Ini : Semak Sekarang

Terdapat 2 jenis akaun yang disediakan oleh pihak KWSP kepada para pencarum.

Akaun 1 bertujuan untuk mengeluarkan simpanan secara penuh pada usia matang mankala Akaun 2 pula bertujuan untuk mengeluarkan simpanan secara sebahagian dan boleh sebelum usia matang.

BERUMUR 50 TAHUN

Pencarum boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

PENDIDIKAN

Pendidikan yang berkualiti merupakan kunci kepada kestabilan kerjaya sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa untuk ahli dan keluarga ahli.

Ahli / Pencarum boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara.

PEMBINAAN RUMAH

Membina sebuah rumah merupakan pelaburan yang terbesar bagi ahli. Bagi membantu ahli membina rumah impan mereka, kami membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun2 bagi membiayai pembinaan rumah.

ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN

Membayaran ansuran bukanlah satu perkara yang mudah, terutama untuk mereka yang mempunyai komitmen yang semakin bertambah. Di dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.

Supaya jika anda terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu, anda boleh membuat pengeluaran ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan selesai.

SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA

KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.

Leave a Comment