Skip to content

PENGELUARAN PENUH WANG AKAUN 1 KWSP YANG DIBENARKAN : SEMAK SYARAT PENUH

PENGELUARAN PENUH WANG AKAUN 1 KWSP YANG DIBENARKAN : SEMAK SYARAT PENUH

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah dengan memperkenalkan pelbagai program KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang membenarkan para ahli membuat pengeluaran wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Akan tetapi, sebenarnya pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran penuh simpanan para pencarumnya dari akaun dan akaun 2 dengan syarat-syarat tertentu.

Berikut adalah jenis pengeluaran penuh yang dibenarkan melalui Akaun 1 KWSP.

BERUMUR 55 TAHUN

Ahli yang mencapai usia 55 tahun dibenarkan untuk membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 digabungkan menjadiakan Akaun 55. Jika pencarum emmilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

PEKERJA BERPENCEN

Bagi pekerja berpencen / persaraan pilihan, mereka turut dibenarkan membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

HILANG UPAYA

Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka turut layak mendapat RM 5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

MENINGGALKAN NEGARA

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf warganegara mereka bagi berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

KEMATIAN

Apabila ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris terdekat. Oleh hal demikian, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem i-Akun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *