Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM 9.5 juta bagi Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP kerana prihatin terhadap golongan yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB).
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP akan dibuka bermula 16 November (Isnin) sehingga 27 November.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian sahaja.
Berikut merupakan individu yang layak menerima bantuan :
- Pemandu teksi e-hailing
- Pengawal keselamatan
- Peniaga-peniaga kecil
- Hilang pekerjaan akibat Covid-19
- Lain-lain individu yang terkesan akibat Covid-19
Syarat-Syarat Kelayakan Wajib
- Menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan sahaja.
- Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP
Jumlah Bantuan
Mereka yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM 500, bayaran akan dilakukan secara sekaligus (one-off).
Pembayaran akan disalurkan kepada penerima sebelum 31 Disember 2020.
Cara Membuat Permohonan Bantuan
Berikut merupakan panduan membuat permohonan :
1. Daftar
Layari portal rasmi MAIWP di : https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/
- Pemohon perlu klik pada ‘Pengguna Baru’ untuk mendaftar nama bagi pertama kali menggunakan sistem.
- Pemohon perlu mengisi SEMUA butiran diri termasuk kata laluan yang akan digunakan untuk akses/daftar masuk sistem kelak.
- Setelah semua butiran telah diisi, pemohon perlu menekan butang DAFTAR.
2. Log Masuk
- Pemohon perlu memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik pada butang LOG MASUK.
3. Isi Maklumat
Halaman Utama sistem akan dipaparkan setelah pemohon berjaya Log Masuk.
- Pemohon dikehendaki menekan tab ‘MAKLUMAT PEMOHON’ bagi melengkapkan butiran pemohon.
Pemohon dikehendaki untuk MEMENUHKAN SEMUA BUTIRAN di bahagian berikut:
- MAKLUMAT PERIBADI
- ALAMAT
- MAKLUMAT PEKERJAAN
- MAKLUMAT RUJUKAN UNTUK PENGESAHAN
- MAKLUMAT AKAUN dan
- MUAT NAIK DOKUMEN.
4. Muat Naik Dokumen
Bahagian MUAT NAIK DOKUMEN, pemohon dikehendaki memuat naik dokumen berikut:
- KAD PENGENALAN
- BIL AIR/API
- PENYATA BANKSURAT DOKUMEN/LAIN-LAIN di dalam format pdf/jpg/jpeg/gif.
*Maksimum saiz dibenarkan adalam 2mb untuk satu muat naik dokumen.
Setelah semua butiran telah diisi oleh pemohon, pemohon hendaklah menekan
butang LANGKAH 1- KEMASKINI PEMOHON bagi menyimpan butiran tersebut
5. Kemaskini Maklumat Tanggungan
Pemohon dikehendaki membuat LANGKAH 2 – KEMASKINI TANGGUNGAN
dengan menekan butang yang terletak di bahagian tab atas bersebelahan dengan
LANGKAH 1- MAKLUMAT PEMOHON.
- Pemohon dikehendaki menekan butang TAMBAH TANGGUNGAN dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
Pemohon hendaklah memenuhi setiap butiran
seperti:
- NO. KAD PENGENALAN
- NAMA
- TARIKH LAHIR
- JANTINA
- HUBUNGAN
- PEKERJAAN
dan menekan butang HANTAR.
6. Hantar Permohonan
- Setelah pemohon SELESAI mengemaskini maklumat tanggungan, pemohon dikehendaki menekan butang LANGKAH 3 – HANTAR PERMOHONAN BANTUAN.
- Pemohon boleh membuat semakan permohonan yang telah dibuat dengan menekan butang SEMAKAN BANTUAN
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung di Facebook Baitulmal MAIWP.
ATAU
Hubungi talian hotline:
- 012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur)
- 011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya)
- 013 – 8516066 (Labuan)
Kami buat rayuan ini kenapa tidak dapat belang tutup dari fasa 1 sampai fasa 3 tak saya mohon bantuan sangat dan kerja pun tiada
untuk mengetahui lulus atau tidak lulus bagaimana untuk mengetahuinya ,, saya sudah check dan sudah dihatar , kerana saya amat2 memerluka n
Mohon buka semula ,rayuan bg yg tk sempat membuat rayuan,atau bg pluang yg betul2 memerlukan bntuan itu