Ramai yang masih belum tahu bahawa JKM menyediakan bantuan bulanan kewangan kepada rakyat yang layak.
Terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan yang anda boleh mohon bermula daripada golongan kanak-kanak, warga emas, anak pelihara dan lain-lain.
BANTUAN AM NEGERI
Sebuah bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dikenali sebagai Bantuan Am Negeri.
Bantuan ini berbeza daripada bantuan bulanan lainnya seperti bantuan kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya (OKU).
OBJEKTIF BANTUAN
Bantuan ini diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
JUMLAH BANTUAN
Untuk yang tertanya-tanya mengenai jumlah bantuan yang diberikan, berikut adalah jumlan Bantuan Am Negeri
- Minimum bantuan sebanyak RM 100 sebulan seorang dan maksimum RM 350 sekeluarga
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan Bantuan Am Negeri ini :
1. Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur, Labuan).
2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
4. Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan.
CARA PERMOHONAN
Sekiranya anda menepati syarat kelayakan di atas termasuklah menetap di Wilayah Persekutuan, sila hadir ke mana-mana cawangan atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).