RASMI : PENGELUARAN KHAS KWSP 2023 TIDAK DILULUSKAN

Belanjawan 2023 telah dibentang oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada petang Jumaat 24 Februari 2023.

Belanjawan 2023 yang bertemakan Membangun Malaysia Madani dengan peruntukan bajet sebanyak RM388.1 bilion untuk mencapat matlamat 3R iaitu Responsive, Responsible dan Reformist.

Sudah tentu, sebilangan pencarum KWSP meletakkan harapan pada pembentangan Bajet 2023 supaya terdapat pelaksanaan Pengeluaran KWSP 2023.

ISU PENGELUARAN KWSP 2023

Sebenarnya tuntutan Pengeluaran Khas KWSP ini sudah mula dibuat oleh pencarum bersama para NGO bermula pada pertengahan tahun lepas lagi disebabkan kenaikkan harga barang yang kian meningkat.

Hingga kini, walaupun pihak kerajaan menjelaskan bahawa harga barang sudah menurun terdapat pihak tertentu yang masih mengekal harga barang asas pada tanda harga yang masih tinggi. Oleh hal demikian, pencarum KWSP berharap agar pihak kerajaan baharu ini membenarkan pengeluaran khas walaupun secara bersyarat.

PENGELUARAN KHAS KWSP TIDAK DILULUSKAN

Mesti ramai diantara kita yang menonton pembentangan Bajet 2023 tersebut sehingga tamat dengan harapan Pengeluaran Khas KWSP dibenarkan.

Tetapi sehingga kepada insentif yang terakhir, pengeluaran khas tersebut tidak dinyatakan oleh Perdana Menteri.

Oleh hal demikian, disebabkan ia tiada dalam Belanjawan 2023 kemungkinan besar ia tidak akan diluluskan oleh pihak kerajaan.

TAMBAHAN SIMPANAN KWSP RM 500

Selain daripada isu Pengeluaran Khas KWSP yang tidak dibenarkan. Kerajaan menyediakan bantuan tambahan simpanan KWSP berjumlah RM 500 kepada pencarum yang memiliki simpanan kurang daripada RM 10,000. Ia akan dimasukkan ke dalam akaun 1 KWSP.

Menurut Perdana Menteri, ia untuk membantu para pencarum dengan kehidupan yang lebih baik dan cukup pada hari persaraan kelak.

Leave a Comment