Segera Lakukan Perkara Ini Untuk Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP 2.0

SEGERA LAKUKAN PERKARA INI UNTUK KELULUSAN PENGELUARAN KHAS 2.0

Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 sangat kuat dilakukan ketika ini. Selain daripada permintaan daripada para pencarum ia turut disokong oleh pelbagai jenis persatuan yang menyokong Pengeluaran Khas ini dilaksanakan kembali.

Salah satunya ialah Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat yang turut memperjuangkan tuntutan pengeluaran tersebut. Kesannya, kita dapat lihat perkara mengenai pengeluaran khas kembali menjadi bualan mulut orang ramai.

Untuk mengetahui perkara yang mampu mempercepatkan pengeluaran khas ini sila rujuk perkara di bawah :

PERKARA YANG MAMPU MEMPERCEPATKAN PENGELUARAN KHAS 2.0

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat sangat mengharapkan Pengeluaran Khas 2.0 ini mampu dilaksanakan secepat mungkin. 
Untuk menjayakan tuntutan ini ia memerlukan sokongan lebih ramai pihak termasuk pencarum KWSP.
Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat telah melancarkan kempen hashtag iaitu #KWSPbersasar. 

Menurut beliau, ia memerlukan sokongan daripada para percarum untuk meletakkan #KWSPbersasar di sosial media mereka termasuklah Twitter, Facebook dan lain-lain.

TUJUAN #KWSPBERSASAR

Perkara tersebut adalah untuk beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk membincangkan perkara Pengeluaran Khas KWSP 2.0 agar dapat dipercepatkan dan dilaksanakan.

BORANG ADUAN TUNTUTAN PENGELUARAN KWSP

Terdapat sebuah borang aduan yang telah dilancarkan oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat mengenai tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar.
 Borang aduan terbabit akan dibuka sehingga 28 Ogos sahaja dan akan ditutup pada selepas ini. Tujuan utama borang tersebut adalah untuk mengenal pasti bilangan pencarum yang menyokong dan sebab utama mengapa mereka memerlukan pengeluaran KWSP 2.0.
Sehingga kini, borang aduan tersebut telah diisi dan telah mendapat ratusan ribu respons sebagai tanda sokongan Pengeluaran Khas 2.0.
Sekiranya anda belum mengisi borang tersebut, anda boleh isi melalui pautan di bawah 
Nota :
Borang aduan terbabit adalah tidak wajib diisi, sekiranya anda tidak isi borang tersebut tidak bermaksud anda tidak ingin Pengeluaran KWSP 2.0.

Leave a Comment