SEMAKAN GKP DIBUKA
Semakan Geran Khas Prihatin telah boleh disemak bermula pada 3 Jun 2020 melalui semakan secara atas talian.
Anda boleh membuat semakan pada link di bawah.Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan sekiranya anda telah membuat pendaftaran pada tempoh hari.
Sekiranya anda terlupa dengan bantuan ini, anda boleh rujuk maklumat di bawah yang merupakan syarat serta kelayakan Geran Khas Prihatin – GPK yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada tempoh hari.
MAKLUMAT GERAN KHAS PRIHATIN
Pada pengumuman Perdana Menteri
tempoh hari berkenaan dengan Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat, Geran Khas Prihatin antara insentif yang telah diberikan oleh kerajaan.
Insentif tersebut akan dibuka untuk rakyat membuat permohonan bermula 1 Mei 2020 sehingga 15 Mei 2020 sahaja.
Ramai yang masih tertanya-tanya apakah itu Geran Khas Prihatin dan sesiapa sahaja yang layak untuk membuat permohonan. Diharap jawapan di bawah mampu menyelesaikan semua pertanyaan anda.
Geran Khas Prihatin (GKP) adalah bantuan kewangan
secara one-off bernilai
RM 3, 000 kepada
Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) untuk meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19.
Manakala, rakyat yang layak untuk membuat permohonan ialah
- Pemohon haruslah Warganegara Malaysia
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta jumlah jualan atau perolehan dibawah RM 3,000 dan jumlah pekerja tidak melebihi 5 orang.
- Pemohon telah mendaftar di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019
- Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
Seperti sedia maklum, permohonan tersebut dibuka pada 1 Mei sehingga 15 Mei 2020 dan pemohon boleh menyemak keputusan pada minggu pertama bulan Jun. Manakala, pembayaran dijangka bermula pada Jun 2020.