Semakan Status Bayaran BKM Fasa 3 Bermula 20 September

 

Semakan Status Bayaran BKM Fasa 3 Bermula 20 September. Sukacita diumumkan bahawa pembayaran BKM Fasa 3 bakal dikreditkan bermula 20 September ini secara berperingkat hingga 27 September depan. Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tempoh hari.

Perkara tersebut sudah tentu bakal menggembirakan hati rakyat setelah bayaran fasa 2 pada Jun lepas.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM adalah sebuah bantuan bersasar yang diberikan kepada kategori yang layak termasuklah yang berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah. Pemberian bantuan ini meliputi hampir kesemua golongan termasuklah berkeluarga, ibu dan bapa tunggal, bujang dan warga emas. 

SIAPA YANG LAYAK TERIMA BKM FASA 3 ?

Penerima bagi BKM Fasa 3 kali ini adalah terdiri daripada penerima sedia ada iaitu mereka yang merupakan penerima BKM Fasa 1 dan 2 lepas.
Selain itu, penerima tambahan adalah individu atau isi rumah yang lulus rayuan BKM tempoh hari. Pembayaran untuk dua jenis golongan di atas (penerima sedia ada dan penerima rayuan) adalah berbeza di mana jumlah bayaran akan lebih banyak kepada penerima rayuan kerana bantuan yang terkumpul daripada BKM Fasa 1, Fasa 2 dan BKM Tambahan.

JUMLAH BANTUAN TERKINI FASA 3 (PENERIMA SEDIA ADA) 

Berikut adalah kadar bayaran mengikut jenis kategori penerima :
1) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 dan lebih anak – RM 400
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua RM 100
2) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas


a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 500
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan lebih anak – RM 700
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua terima RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak – Tiada had umur
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 1-2 anak – RM 800
  • 3 anak dan lebih – RM 900
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,00
  • 1-3 anak dan lebih – Kesemua terima RM 600
4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
  • RM 150
5) Bujang dan IBT tiada anak – pemohon 60 tahun dan ke atas

  • RM 150

JUMLAH BANTUAN TERKINI BAGI PENERIMA RAYUAN BKM 

Menurut Perdana Menteri, lebih 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan merima bantuan sehingga RM 2,350 mengikut kelayakan termasuklah Bantuan Tunai Tambahan BKM yang diberikan pada Jun lepas.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BKM FASA 3 BERMULA 20 SEPTEMBER

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status bayaran :
  1. Log masuk ke portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  4. Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau apa-apa maklumat lain yang diperluakan anda boleh layari portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

Leave a Comment