Sebuah program yang dikenali sebagai Program SIP GIG kini telah dibuka untuk permohonan.
Insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan tidak terikat.
SIP GIG PERKESO
SIP GIG PERKESO merupakan bantuan kewangan yang berjumlah RM 600 sehingga RM 800 sebulan untuk
- tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig baharu di Bajet 2022
OBJEKTIF
- Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek
- Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.
INDIVIDU YANG LAYAK MEMOHON
- Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja
- Individu yang menganggur melebihi 60 hari
- Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain-lain
- Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini
- Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18 sehingga 60 tahun pada 2022
- Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO
INDIVIDU YANG TIDAK LAYAK
Berikut ialah senarai individu yang tidak layak untuk membuat permohonan
- Individu yang aktif bekerja
- Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig
- Individu yang telah menerima insentid mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela
- Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau melalui pautan
Manakala tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2022.
CARA PERMOHONAN SIP GIG
Berikut ialah cara permohonan bantuan SIP GIG PERKESO
- Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin atau layari pautan di atas
- Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
- Buat permohonan di melalui aplikasi atau pautan di atas
- Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk penerimaan insentif
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut ialah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan :
SYARAT UNTUK MENERIMA INSENTIF
- Menghantar Log Aktiviti pembuktian cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen beserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan untuk tempoh 6 bulan
- Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM 1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak dapat insentif berjumlah RM 600 sebulan
- Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM 2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM 200 diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan RM 800 sebulan
Bantuan bujang ada lagikah