STR BUJANG FASA 1 : 2025 SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN (RM150)

STR BUJANG FASA 1 : 2025 SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN (RM150)

Kerajaan telah melonjakkan kadar bantuan program STR dan SARA pada tahun 2025 sehingga maksimum untuk isi rumah kepada RM4,600 tahun ini iaitu dengan kenaikan hampir 25% berbanding RM3,700 tahun lalu. Tambahan, kadar minimum untuk golongan bujang turut naik daripada RM500 tahun lalu kepada RM600, iaitu kenaikan sebanyak 20%.

Secara keseluruhannya, program bantuan ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa.

Bilakah STR bujang fasa 1? Sila ikuti maklumat lanjut di bawah mengenai info-info yang terkini.

BACA JUGA: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

KELAYAKAN STR BUJANG

Program bantuan STR 2025 ini mempunyai beberapa syarat kelayakan untuk setiap kategori bagi memastikan bantuan disalurkan dengan sewajarnya. Senarai syaratnya adalah seperti berikut:

  • a. Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Fasa 1 penyaluran bagi bantuan STR telah pun diumumkan iaitu bermula 22 Januari 2025, Rabu dan dilakukan secara berperingkat. Rajah dibawah adalah untuk rujukan mengenai tarikh bayaran dan kaedah bayaran:

TARIKH BAYARAN STR FASA 1JENIS PENERIMAPROSES PEMBAYARAN
STR 2025 FASA 1
Bermula 22 Januari 2025
sehingga
28 Januari 2025
Mempunyai Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima /
pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Bermula 22 Januari 2025Tiada Akaun Bank
(termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN)

JUMLAH STR BUJANG FASA 1

Kadar amaun bagi kategori bujang telah ditingkatkan untuk tahun 2025. Setiap kategori akan disalurkan dengan jumlah yang berbeza-beza mengikut ketetapan yang disediakan seperti rajah dibawah:

KATEGORI PENERIMABAYARAN
STR 2025 FASA 1
JUMLAH
KESELURUHAN STR 2025
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
(B40)
Semua : RM 500Tiada Anak: RM 1,000
Anak 1-2: RM 1,500
Anak 3-4: RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
(M40)
RM 150 hingga RM 300
(bergantung bilangan anak)
Tiada Anak: RM 500
Anak 1-2: RM 750
Anak 3-4: RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
RM 150RM 600
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
RM 150RM 600

BILANGAN PENERIMA STR 2025

Pada tahun ini, jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025 untuk fasa 1 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMABILANGAN PENERIMA
BANTUAN STR 2025 FASA 1
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
(B40)
2.8 juta
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
(M40)
1.0 juta
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
1.3 juta
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
3.2 juta

Catatan: Secara keseluruhan penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta. Walaubagaimanapun, jumlah penerima bakal bertambah seiring dengan pendekatan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun 2025.

SEMAK STATUS STR BUJANG FASA 1

Semakan status kategori adalah digalakkan bagi mengetahui jumlah bantuan yang betul telah disalurkan. Rujuk panduan dibawah untuk membuat semakan secara dalam talian.

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

LUPA KATA LALUAN LOGIN STR

Penerima yang ingin menetapkan semula kata laluan untuk log masuk Portal Rasmi STR atau terlupa, langkah-langkah dibawah perlu dituruti:

  1. Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
  3. Masukkan No MyKad.
  4. Klik [Semak].
  5. Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
  6. Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
  7. Check emel dan log masuk semula MySTR.
  8. Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
  9. Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
  10. Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my