Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dikreditkan Pada 17 Januari

 

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 MULA DIBAYAR PADA 17 JANUARI 2023

Sumbangan Tunai Rahmah atau Bantuan Tunai Rakyat (BTR) mula dikreditkan secara rasmi pada 17 Januari 2023. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau nama lamanya Bantuan Tunai Rakyat adalah sebuah bantuan kerajaan yang disaurkan kepada rakyat yang layak.
Menurut Perdana Menteri, Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Perdana Menteri telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan pada Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah jumlah STR FASA 1
1. Isi Rumah – RM 300
2. Warga Emas Tiada Pasangan – RM 100
3. Bujang – RM 100
Secara keseluruhan dianggar seramai 8.7 juta penerima bakal menikmati manfaat ini.

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing bagi yang memiliki. 
Manakala, penerima STR yang tiada akaun bank turut boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mula 17 Januari 2023.

Leave a Comment