Hampir seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri. Pelbagai reaksi rakyat yang dikeluarkan, terdapat yang berharap Perdana Menteri akan melonggarkan PKP sehingga boleh merentas negeri untuk menjenguk keluarga yang tersayang dan sebaliknya.
Sebentar tadi, Perdana Menteri telah mengumumkan perkembangan terbaru Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
ISI KANDUNGAN PENGUMUMAN SEBENTAR TADI
- Negara memasuki fasa pemulihan COVID-19.
- Kadar jangkitan terus menurun.
- Petugas barisan hadapan bertindak balas dan berjaya tangani kes-kes di depot tahanan imigresen.
- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan diganti ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos.
- Perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai PKPP.
- Hampir semua aktiviti dibenar beroperasi semula.
- Sukan dan rekreasi dibenar kecuali pertandingan.
- Pelancongan domestik dibenarkan semula.
- Sambutan Hari Raya Aidiladha dibenarkan mengikut SOP.
- Sekolah akan dibuka secara berperingkat dan akan diumumkan oleh KPM sedikit masa.
- Larangan terhadap aktiviti tertentu masih berterusan seperti kelab malam.
- 7 strategi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam PKPP.
- Fasa normalisasi selepas 31 Ogos jika tiada peningkatan kes yang mendadak.
- Kerajaan menyarankan menggunakan aplikasi MySejahtera.