Rumusan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

Sebentar tadi, Perdana Menteri mengumumkan satu pelan kepada rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.

Program yang dianggarkan berlangsung selama tiga bulan ini mampu menyelamatkan lebih 2. 2 juta pekerjaan.Tambah beliau, kerajaan akan memperuntukkan hampir RM 9 bilion yang akan memanfaatkan 3 juta tenaga kerja melalui pelbagai inisiatif.

INISIATIF YANG DIUMUMKAN SEBENTAR TADI

  1. Kerajaan akan terus melanjutkan subsidi upah selama 3 bulan. Upah tersebut bernilai RM 600 setiap pekerja. 
  2. Pemberian insentif pengambilan pekerja kepada majikan. Kerajaan akan memberi modal kepada majikan untuk mengambil pekerja seperti penganggur dan graduan. 
  3. Melaksanakan program kemahiran tenaga kerja dalam industri seperti elektrik.
  4. Insentif percukaian dan perlindungan pekerjaan.
  5.  Kerajaan memperuntukkan geran berjumlah RM50 juta bagi ekonomi gig dalam menyokong platform terbabit serta kebajikan pekerja dalam sektor berkenaan.
  6. Kerajaan akan memperkenalkan insentif MY30 bagi membantu pengguna yang menggunakan kenderaan awam bagi menampung kos pengangkutan awam.
  7. Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan internet dengan kapasiti satu gigabait secara percuma kepada pengguna.
  8. Kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.
  9. Kerajaan akan mewujudkan pembiayaan mikro Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN Nasional bagi pembiayaan sebanyak RM400 juta.
  10. Kerajaan bersetuju memberi rebat cukai pendapatan sebanyak RM20,000 setiap tahun untuk tempoh tiga tahun kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi mulai 1 Julai ini sehingga 31 Disember 2021.
  11. Kerajaan juga bersetuju mengecualikan duti setem bagi surat cara percantuman dan pemerolehan syarikat PKS bagi transaksi bermula 1 Julai sehingga 30 Jun 2021.
  12.  Golongan orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal akan menerima bantuan “one-off’ sebanyak RM300 bagi meringankan beban golongan tersebut berdepan impak COVID-19. 

Leave a Comment