Rasmi : Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.) akan disalurkan ke akaun penerima secara berperingkat mulai 26 Oktober 2020. Ini bermakna, tidak semua penerima akan menerima bayaran BPN 2.0 pada 26 Oktober kerana pembayaran ialah berperingkat.
Info Tambahan : 26 Oktober merupakan tarikh rasmi pembayaran tetapi seperti yang kita sedia maklum, bank-bank tempatan telah membuat pembayaran kepada penerima bermula 19 Oktober lalu.
Sebagai contoh, BSN telah memberi bayaran kepada penerima bermula 19 Oktober tetapi terdapat ramai penerima yang masih belum menerima bayaran tersebut manakala terdapat juga golongan penerima yang telah menerima bayaran tersebut.
Kepada anda yang belum menerima bantuan tersebut, diharapkan bersabar. Hal ini kerana tarikh rasmi bermula 26 Oktober.
Menurut kenyataan rasmi Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran fasa pertama berjumlah RM 4.8 bilion melibatkan 10.6 juta penerima sedia ada daripada individu kategori isi rumah dan bujang.
Sebanyak RM 2.56 bilion untuk 3.7 juta penerima kategori B40 isi rumah pendapatan RM 4,000 ke bawah dengan bayaran RM 700 seorang manakala sebanyak RM 1.33 bilion melibatkan bujang B40.
kerjasemasa.com
Baca juga : Semakan BPN 2.0 Bermula 15 Oktober
Cara Pembayaran
Menurut beliau, bayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah pangkalan data BPN.
Pembayaran kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank
- Pembayaran akan dibuat secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020
- Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran dalam tempoh waktu yang sama.
- Manakala, penerima pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, BPN 2.0 akan dibayar sekaligus bermula Januari 2021 dengan bayaran tunai yang bakal diumumkan kelak
- Isi Rumah
- Kahwin atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM 4,000 ke bawah
- Bujang
- Bujang atau Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak dan
- Had umur adalah 21 dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 dan ke atas) dan
- Pendapatan Bujang adalah RM 2,000 dan ke bawah
- Isi Rumah
- Kahwin atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM 4,001 hingga RM 8,000
- Bujang
- Bujang atau Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak dan
- Had umur adalah 21 dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 dan ke atas) dan
- Pendapatan Bujang adalah RM 2,001 hingga RM 4,000
Kenapa saya punya belum masuk ?? saya bank affin kenapa lambat masuk .
Yg ni fasa brpa