Pembayaran i-Citra untuk bulan pertama akan menjelang tidak lama lagi. Disebabkan itu, pasti ramai bakal penerima tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar pembayaran dilakukan kepada mereka serta bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra dilakukan.
Sedia maklum, pelaksanaan i-Citra ini akan dilukukan selama 5 bulan sahaja bermula Ogos (mengikut permohonan). Oleh itu, dengan mengetahui tarikh sebenar dan jadual i-Citra akan memudahkan para pencarum.
Oleh itu, sila baca maklumat dibawah untuk mengetahui info penuh berkaitan CARA SEMAK & JADUAL PEMBAYARAN i-Citra 2021.
CARA SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA
Anda mempunyai 2 cara untuk menyemak tarikh pembayaran. Berikut adalah cara-caranya :
1) Semakan tarikh pembayaran melalui laman rasmi i-Citra
- Anda hanya perlu layari web rasmi https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
- Masukkan maklumat yang berkaitan
- Status kelulusan & pembayaran akan dipaparkan
- Contoh paparannya ialah ‘Bayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada 5 Ogos 2021.’
2) Semakan tarikh bayaran i-Citra melalui i-Akaun
Langkah ini hanya boleh dilakukan kepada penerima yang mempunya i-Akaun
- Buka aplikasi i-Akaun melalui telefon pintar atau laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
- Sila daftar masuk melalui ID & KATA LALUAN yang telah didaftarkan
- Klik dan semak pada bahagian ‘PENGELUARAN / WITHDRAWAL (BAHASA INGGERIS)’
- Kemudian klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
- Selanjutnya, klik di paparan ‘i-Citra’
- Tarikh bayaran akan dipaparkan
- Anda boleh rujuk gambar contoh di bawah
SEMAK TARIKH BAYARAN BAGI BULAN BERIKUTNYA SELEPAS OGOS
Pembayaran i-Citra adalah sama juga seperti pembayaran i-Sinar dan i-Lestari yang dilaksanakan sebelum ini.
Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Citra pada i-Akaun KWSP anda.
- Jika pada i-Akaun anda, kolum ‘Monthly Recurring End Date’ bertarikh pada 2 Disember seperti gambar contoh di atas, ia bermakna tarikh pembayaran untuk setiap bulan ialah pada tanggal 2.
- Tetapi, tarikh i-Citra ini turut akan berubah sekiranya tarikh jatuh pada hujung minggu (weekend).
- Anda hanya perlu rujuk tarikh penerimaan akhir seperti diatas untuk mengetahui tarikh pembayaran bulanan.
Sy punya i-citra tak masuk lg.. tarikh 9hb..sy ad terima mesej dari KWSP,die bagitau duit dah masuk ke account sy..tapi saya cek tak ada.boleh jelaskan?