BSN menawarkan kemudahan BSN MyRinggit i-Banjir yang merupakan sebuah pembiayaan kepada mangsa-mangsa banjir bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung.
BSN MyRINGGIT
BSN MyRinggit i-Banjir merupakan satu pembiayaan yang menawarkan kadar kosong peratus (0%). Perkara ini juga termasuk moratorium selama 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan buat mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.
Kemudahan BSN MyRinggit ini untuk mengurangkan beban kewangan kepada rakyat yang terkena musibah banjir baru-baru ini.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan :
- Merupakan Warganegara Malaysia
- Tidak muflis
- Hanya satu permohonan untuk satu isi rumah
- Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas dengan banjir
JUMLAH PEMBIAYAAN
BSN MyRinggit i-Banjir menawarkan pembiayaan sehingga RM 10,000 kepada mangsa banjir.
Sebelum ini, BSN MyRinggit hanya menawarkan sehingga RM 5,000 sahaja. Kini ia telah dinaikkan kepada
- Maksimum RM 10,000
BSN MyRinggir i-Banjir ini menawarkan pembiayaan tersebut pada kadar 0% caj untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran.
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan telah dibuka bermula 27 Disember 2021 lepas. Permohonan tutup pada 31 Janauri 2022.
CARA PERMOHONAN
Berikut ialah panduan permohonan BSN MyRinggit i-Banjir :
Mangsa-mangsa banjir yang berminat untuk membuat permohonan boleh mohon dan lengkapkan dokumen secara online.
Untuk memohon, anda boleh membuat permohonan melalui laman web rasmi BSN MyRinggit di
Kepada pemohon yang tidak boleh membuat permohonan secara online atau terdapat apa-apa masalah, sila kunjungi cawangan BSN untuk membuat permohonan.
DOKUMEN SOKONGAN
Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan, tidak kira sama ada permohonan online atau ke kaunter BSN, berikut ialah dokumen yang diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
- Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah / JKKK / laporan polis berkenaan rumah yang terjejas
SEMAKAN STATUS
Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem SMS dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan
Nak 10 one off,bkn tambah hutang,klu x lulus ape cte
Selain dari mangsa banjir,,,golongan e-kasih yg tidak dapat untuk bekerja tetap sepenuh masa disebabkan harus menjaga kedua orang tua yg uzur,,,layakkah membuat pinjaman untuk menjana dan menambah pendapatan selain menerima bantuan oku dari JKM,,,pinjaman dibuat bertujuan untuk berniaga kecil kecilan dikawasan berhampiran tempat tinggal…