KWSP PALING DIPERCAYAI
Institusi tersebut meraih 79 mata dalam indeks kepercayaan manakala Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas berkongsi mata iaitu 77 mata.
Selain itu, turut tersenarai dalam ranking lima teratas ialah Pos Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan masing-masing 75 mata.
Dapatan kajian tersebut dilakukan oleh Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (IPSOS) ke atas lebih 100 organisasi dan institusi tabung amanah di negara.
Sementara itu, kajian turut mendati syarikat paling dipercayai di Malaysia ialah syarikat yang beroperasi di dalam negara.
SEKTOR HIBURAN TERENDAH DIPERCAYAI
Walau bagaimanapun, sektor hiburan atau media memperoleh mata terendah dipercayai dalam peringkat global.
Syarikat penstriman terkenal, Netflix pula mengatakan syarikat itu paling dipercayai dalam industri berkenaan di negara ini.
Secara keseluruhan, kepercayaan rakyat kepada syarikat dan institusi telah meningkat secara konsisten pada 2021.
Peningkatan ini mencerminkan peranan yang dimainkan oleh organisasi ketika tahun wabak, cabaran ekonomi dan bencana alam.
Syarikat berkaitan kerajaan, pengawal selia kerajaan dan entiti telekomunikasi dilihat mengalami peningkatan secara signifikan.
Sektor utama penggunaan, kewangan serta media memperoleh tahap kepercayaan yang stabil, manakala industri automotif mengalami penurunan.
Kajian kepercayaan IPSOS membabitkan 3,000 respondan yang ditemu bual secara bersemuka.