Terdapat sebuah bantuan yang ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui mengenainya. Tetapi sekiranya anda layak menerima bantuan tersebut, anda bakal menerima bantuan sekitar RM 700.
BANTUAN YANG RAMAI TIDAK TAHU
Bantuan tersebut dikenali sebagai MySalam yang merupakan salah satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.
Selain itu, perlindungan ini dikatakan untuk membantu dan memudahkan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapinya.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapjan oleh kerajaan sekiranya ingin menebus bantuan MySalam tersebut :
- Penerima BSH/BPR/BKM kategori B40
- Berumur 18 hingga 65 dan pasangan
- Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun serta berpendapatan tahunan kurang RM 24,000
- Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun hingga 65 dan berpendapatan tahunan kurang RM 24,000
JUMLAH BANTUAN
Jumlah bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut :
- bayaran RM 8,000 yang diagihkan dalam masa yang ditetapkan
- bayaran harian maksimum 14 hari pada kadar RM 50 sehari atau maksimum RM 700 setahun
CARA SEMAK KELAYAKAN
Berikut adalah panduan untuk menyemak kelayakan anda
- Layari portal rasmi MySalam : https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Sila masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang semak
- Status kelayakan akan dipaparkan
CARA CLAIM BANTUAN RM 700
Anda boleh membuat tuntutan seperti berikut :
- Klik portal rasmi MySalam berikut https://www.mysalam.com.my/b40/public/
- Jika belum membuat pendaftaran, klik pada bahagian ‘log masuk pertama kali’ untuk mendaftar
- Sekiranya sudah membuat pendaftaran, sila log masuk seperti biasa
- Selanjutnya, kemas kini maklumat yang diminta, muat naik dokumen yang diminta dan hantar
- Anda perlu menunggu beberapa hari untuk keputusan tuntutan anda
- Tuntutan secara manual boleh dilakukan melalui mana-mana kiosk MySalam
- Sila bawa salinan kad pengenalan, borang lampiran 14 dan 17 seterusnya serahkan kepada pekerja yang bertugas
- Sekiranya masih belum faham, anda boleh hubungi talian hotline MySalam di 1-300-88-8938
lepas bagi no kad pengenalan utk log masuk kali pertama ..terus kluar situ bgtau ,harap maaf ,anda tidak layak ..terima kasih lah ye..
Pakehope ..pilih kasih