Sebanyak 12,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya JaminKerja 2022 anjuran Kementerian Kewangan Malaysia dengan Kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Program ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 19 Februari 2022.
12,000 PELUANG PEKERJAAN
Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, karnival yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri itu akan membariskan lebih 50 majikan dengan lebih 12,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Tambah beliau, pelbagai aktiviti disediakan termasuk kaunseling kerjaya, sesi temu duga bersama majikan, bantuan pendaftaran Portal Pekerjaan Nasional, MyFutureJobs dan lain-lain.
“JaminKerja terdiri daripada tigi komponen utama iaitu Insentif Penggajian JaminKerja, MyStep serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran.
Untuk pengetahuan pembaca, Inisiatif JaminKerja ini diumumkan pada bajet 2022 dengan peruntukan sebanyak RM 4.8 bilion dengan 600,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan.
INSENTIF PENGGAJIAN
Bagi Insentif Penggajian JaminKerja pula, permohonan insentif telah dibuka mulai 17 Januari dan akan tamat pada 30 Jun depan.
Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi PERKESO di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair/
PROGRAM MYSTEP
PROGRAM MySTEP akan dilanjutkan pada tahun dengan menyasarkan 80,000 peluang pekerjaan.
“Ini adalah program pekerjaan jangka pendek secara kontrak di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja.
PROGRAM LATIHAN
Kerajaan turut menyasarkan 200,000 pelatih menjalani pelbagai program latihan serta peningkatan kemahiran dan sebanyak 5,000 kursus akan ditawarkan oleh pelbagai kementerian juga agensi kerajaan.
‘Single Widow’ akan disediakan untuk memastikan program latihan dan peningkatan kemahiran dilaksanakan dengan efektif dan optimum
Permohonan boleh dibuat melalui upskillmalaysia.gov.my