Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan yang diberikan kepada rakyat yang memerlukan.
Ia merupakan bantuan tahunan yang akan diberikan kepada rakyat yang layak bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Keempat-empat bantuan diatas mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk meringankan beban rakyat tetapi berbeza dari sega nama dan jumlah bantuan serta kelayakan.
Tahun 2022 merupakan tahun pertama BKM mula diperkenalkan dan akan menjadi paling ditunggu oleh rakyat.
BANTUAN TAMBAHAN
Tahukah anda, bantuan tambahan turut disediakan di dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ini bermaksud rakyat yang layak menerima BKM akan berpeluang menerima bantuan tambahan BKM sekiranya layak.
Setelah anda menerima bantuan (BKM), anda juga bakal menerima bantuan tambahan sekiranya anda layak tanpa perlu membuat permohonan baharu.
Semakan kelayakan akan terus dibuat secara automatik bersama dengan semakan kelayakan BKM.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut ialah syarat kelayakan untuk menerima BANTUAN TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM), anda haruslah layak menerima
- Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Sekiranya layak, berikut ialah syarat tambahan yang diperlukan untuk bantuan tambahan BKM
- Penerima kategori Isi Rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang menetapi syarat atau
- Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas
JUMLAH BANTUAN
Sedia maklum, jumlah maksimum Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah berjumlah
- RM 2,000
Manakala jumlah bantuan tambahan BKM ialah
- Berjumlah RM 500 kepada isi rumah IBT yang mempunyai anak atau
- Berjumlah RM 300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas
Ini bermaksud, setiap isi rumah yang layak berpeluang menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) serta Bantuan Tambahan berjumlah
- RM 2,500 atau
- RM 2,300
TARIKH BAYARAN
Tiada pemakluman setakat ini berkaitan tarikh bayaran terkini untuk Bantuan Tambahan BKM.
Tetapi, dijangkakan bahawa bantuan tambahan ini akan dibayar sekali dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada Mac nanti.
Walau bagaimanapun, belum terdapat sebarang informasi adakah bantuan tersebut akan dibayar secara sekali bayar (one-off) atau dibayar secara berfasa.