Menariknya, Bantuan Yuran Taska Berjumlah RM 100 Sebulan

 

Terdapat sebuah bantuan untuk meringankan beban ibu bapa yang memasukkan anak-anak ke Taska.

Bantuan tersebut dikenali sebagai Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Tahun 2022. Ia akan membantu ibu bapa untuk membayar yuran RM 100 setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Lahir dan menetap di Selangor atau tidak lahir di Selangor tetapi sudah menetap di Selangor sekurang-kurangya 5 tahun
  • Pendapatan isi rumah RM 5,000 dan ke bawah
  • Ibu bapa bekerja
  • Anak berumur empat tahun dan ke bawah
  • Terhad kepada dua anak sahaja
  • Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia
  • Ibu bapa pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) pada talian
  • 03-5481-8800
atau layari portal rasmi Yawas di
  • asuhpintar.yawas.my

Leave a Comment