Untuk pengetahuan pembaca, terdapat sebuah program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai bantuan kepada rakyat.
PROGRAM eSTART
Program tersebut dikenali sebagai Program eStart. Program yang sama seperti tahun lepas yang dikenali sebagai Program e-Wallet 2021.
OBJEKTIF PROGRAM
Berikut adalah objektif untuk pelaksanaan program ini termasuklah
- memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan
- untuk meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa
JUMLAH BANTUAN
Melalui program yang dikenali sebagai eStart ini, kerajaan memperuntukkan jumlah bantuan untuk setiap yang layak adalah
- RM 150
- Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off sahaja (sekali bayar)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerimaan bantuan di atas :
- Warganegara Malaysia
- Belia berumur 18 tahun hingga 20 tahun atau
- Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi
TARIKH BAYARAN
Tiada pengumuman terbaru setakat ini mengenai program tersebut. Tetapi, jika pembayaran program ini adalah sama dengan e-Wallet 2021 bermakna pembayaran akan mula seawal pertengahan tahun 2022 ini.
Sebarang informasi berkaitan akan di kemas kini dari masa ke masa.
CARA PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan penerimaan bantuan ini, anda perlu muat turun salah satu daripada aplikasi di bawah termasuklah
- Shopeepay (Shopee)
- TNG
- BigPay
- Boost
Kemudian, anda perlu menaik taraf aplikasi yang anda muat turun tersebut yang memerlukan verifikasi Kad Pengenalan anda.
Sekiranya berjaya, penerimaan bantuan RM 150 akan terus dikreditkan ke salah satu aplikasi yang anda mohon.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut, layari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di www.mof.gov.my atau sentiasi lawati portal rasmi MOF di mana-mana media massa.