Kepada rakyat yang sedang mencari pekerjaan, terdapat berita baik untuk anda. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuka beberapa jawatan kosong di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mengetahui info lanjut, sila baca artikel ini sehingga habis.
MAKLUMAT JAWATAN KOSONG
Untuk pengetahuan anda, pengambilan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat untuk memegang jawatan kerajaan.
Manakala jawatan yang ditawarkan ialah :
- Pegawai Perubatan GRED UD43 (3,586 Kekosongan)
- Pegawai Pergigian GRED UG41 (460 Kekosongan)
- Pegawai Farmasi GRED UF41 (400 Kekosongan)
Tarikh Tutup Permohonan : Untuk pemakluman anda, permohonan jawatan kosong ini dibuka sehingga
- 15 Mac 2022
SYARAT KELAYAKAN
Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat permohonan
Syarat kelayakan adalah berbeza untuk setiap jawatan yang ditawarkan di atas. Tetapi berikut ialah syarat kelayakan asas untuk semua jawatan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf
LOKASI JAWATAN
Lokasi-lokasi kekosongan jawatan yang ditawarkan :
- tidak dinyatakan setakat ini
INSENTIF YANG DITAWARKAN
Berikut ialah antara insentif yang ditawarkan kepada pemohon yang layak :
- Gaji serta pelbagai imbuhan menarik.
- Cuti Tahunan.
- Cuti Sakit dan sebagainya. (Rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)
CARA PERMOHONAN
- Permohonan jawatan kosong terbaru di atas boleh dibuat secara atas talian. Sila ikuti arahan seperti yang dinyatakan di bawah.
- Klik pada pautan https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/user-centric/pemohon-pekerjaan dan rujuk maklumat permohonan, syarat serta tarikh tutup permohonan jawatan tersebut.
- Bagi permohonan kali pertama, pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
- Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil bagi sesi temuduga.
Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam