TARIKH BAYARAN BKM
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak sahaja.
Ia merupakan bantuan tahunan yang diberikan kepada rakyat yang layak bertujuan untuk meringankan beban kewangan.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
Keempat-empat bantuan diatas mempunyai objektif yang sama iaitu meringankan beban rakyat.
Untuk pengetahuan pembaca, 2022 merupakan tahun pertama BKM mula diperkenalkan.
TARIKH BAYARAN
Untuk pengetahuan pembaca, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibayar dalam 4 Fasa bermula Mac ini.
Tetapi untuk setakat ini tiada tarikh rasmi berkenaan pembayaran Fasa 1 hingga Fasa 2. Walau bagaimanapun, berikut ialah bulan bayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 2 serta kategori yang akan dibayar.
1. FASA 1 – MAC
Pembayaran kepada kategori
- Isi Rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang
2. FASA 2 – JUN
Pembayaran kepada kategori
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
3. FASA 3 – SEPTEMBER
- Isi rumah
- Warga emas bujang / tiada pasangan
- Bujang
4. FASA 4 – DISEMBER
- Isi rumah
- Warga emas bujang / tiada pasangan
JUMLAH BANTUAN
Jumlah maksimum pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah
- RM 2,000
Tetapi sekiranya anda layak menerima bantuan tambahan BKM RM 500 / RM 300 maka pembayaran bantuan BKM anda turut bertambah.
CARA PERMOHONAN
Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk verifikasi kelayakan.
Manakala untuk permohonan baharu sudah tidak boleh dibuat kerana permohonan telah ditutup pada 31 Januari lepas.
CARA BAYARAN
Pembayaran yang akan dilakasanakan adalah seperti berikut
1. Pengkreditan ke akaun bank terkini yang ada dalam pangkalan data untuk yang berjaya kredit
2. Manakala untuk yang gagal kredit, tuntutan tunai boleh dibuat melalui mana-mana cawangan BSN berdekatan
3. Tuntutan tunai kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau penerima di kawasan luar bandar
Terima kasih kerana sudi memberi bantuan kod rakyat..tapi jarak bayaran terlalu jauh…mcm x de apa apa..kalu di buat 2kali bayaran sahaja . mungkin membantu .. kerajaan x perlu takut ..modal akan kembali semula..duit rakyat jugak kasi bayar
Harap bkm kluar sblum pmbayaran buku sekolah bln mac ni
Ulang2 berita sama dari haritu tarikh masuk bkm march.orang tahu march orang nak tarikh hari bulan berapa? Awal ke hujung march senang rakyat nak bajet.ini tarikh dari haritu masuk march march takde update lain ke?
Hm tunggu jelahhh .. idok tahuu march berapa hari bolan masuk nyo
Dlm sistem pn ditulis dlm proses..Mmg pn Mac masuk, brp hb?..Ada ke xde pn x pasti,dia org sendiri pn x tau tarikh..
Rkyat thu Bln Mac BKM akn keluar..Tp brp..Jgn mnysahkn n mersahkn hti smua rkyat YG SUSAH N MISKIN dlm negara MALAYSIA Ni krna Trpksa trtnggu2 tarikh keluar BKM skrg ni..
Nk msuk tengah bulan dh. Janji dicapati ke apa citer
Betul
Btul tu boss..dr aritu lg bln feb asik2 tarikh masuk march2 je..da march da pn ni..bnde yg sma jgk diulangnya..rakyat nk clear info bila tarikh harinya masuk laa oii
10k kwsp bila mahu kasi keluar..duit rakyat tu kenapa susah sangat kasih keluar
Malar march.. Esok,lusa,dan seterusnya. jgn lupa update lg ye… Teruskan march… Terbaik… Aissttt!!
Bagi awl cikit pembayaran.. Nk buat tambah2 ni untuk pembayaran ni untuk anak sekolah