Tarikh Bayaran Pertama Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000

Tarikh Bayaran Pertama Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000

PENGELUARAN KHAS KWSP

Pengeluaran Khas KWSP adalah sebuah jenis pengeluaran wang KWSP seperti i-Sinar, i-Lestari 
dan i-Citra berjumlah maksimum RM 10,000 yang baru sahaja diluluskan dan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2022.

Pengeluaran ini adalah sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat setelah pelbagai usaha telah dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan pengeluaran khas wang KWSP RM 10,000. Perkara tersebut adalah sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat setelah pelbagai cara dilakukan seperti penyerahan memorandum, petisyen dan lain-lain.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, butiran terperinci pengeluaran khas KWSP RM 10,000 akan diumumkan oleh pihak KWSP dalam masa terdekat.

TARIKH BAYARAN PERTAMA

Mengikut daripada butiran yang dikeluarkan oleh KWSP, tarikh bayaran pertama adalah pada
  • 20 April 2022 

BUTIRAN TERPERINCI PENGELUARAN KHAS

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan sebuah hantaran melalui laman media massa tentang informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas.

Berikut adalah butiran yang diberikan :

1. Pengeluaran Khas terbuka kepada ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.

2. Permohonan Pengeluaran Khas KWSP dibuka bermula 1 April sehingga 30 April 2022 ini dan permohonan adalah secara online sahaja.

3. Pembayaran pertama akan dibuat bermula 20 April 2022 ini.

4. Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM 50 sehingga RM 10,000.

5. Pembayaran akan menggunakan baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 turut boleh digunakan.

Buat masa sekarang, tiada lagi informasi sama ada Pengeluaran Khas ini bersifat sekali bayar atau secara bulanan seperti i-Citra lepas.

CARA PERMOHONAN

Permohonan Pengeluaran Khas ini hanya dibenarkan secara online sahaja melalui laman web rasmi KWSP. 

Tetapi buat masa kini, tiada panduan permohonan atau maklumat penuh mengenai permohonan Pengeluaran Khas yang akan dilaksanakan pada 1 April nanti.

PENGELUARAN KWSP RM 10,000 DILULUSKAN

RASMI : Perdana Menteri mengumumkan bahawa pengeluaran khas KWSP berjumlah RM 10,000 diluluskan.

Menurut beliau, ia merupakan perkara yang susah diluluskan kerana ia merupakan simpanan hari tua dan beharap menggunakan duit tersebut jika benar-benar perlu sahaja.

Bagaimanapun, maklumat lanjut akan diperincikan oleh KWSP dan Kementerian Kewangan.

MERUPAKAN KEPUTUSAN YANG SUKAR

Ismail Sabri berjata, ini merupakan keputusan yang sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Namun begitu, beliau menjelaskan kerajaan sedia maklum pengeluaran khas ini adalah antara jalan tengah dan mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

BERHARAP AGAR SEMUA PENCARUM MEMBUAT PENILAIAN

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri berharap agar semua pencarum dapat membuat penilaian dan mengekalkan simpanan mereka melainkan ia perlu sahaja.

“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” kata beliau dalam sidang khas sebentar tadi.

0 thoughts on “Tarikh Bayaran Pertama Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000”

Leave a Comment