TERKINI : Kerajaan Meluluskan Kadar Gaji RM 1,500 Bermula Mei

 

Kerajaan Meluluskan Kadar Gaji RM 1,500 Bermula Mei

Kerajaan Meluluskan Kadar Gaji RM 1,500 Bermula Mei

Kerajaan akan melaksanakan kadar gaji minimum berjumlah RM 1,500 bermula Mei tahun ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2021 petang tadi.

“Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh para perwakilan dan keluhan rakyat di luar sana. Justeru, hari ini saya ingin mengumumkan di dalam dewan keramat ini, kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM 1,500 sebelum mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, kajian impak telah dilaksanakan secara mendalam sebelum keputusan pelaksanaannya diputuskan oleh kerajaan.

Katanya, ia telah mengambil pelbagai risiko termasuk kesan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

” Oleh itu, pelaksanaan gaji minimum ini hanya melibatkan majikan sektor swasta yang mempunyai lima orang pekerja ke atas.

“Selain itu, Insya-Allah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi memanfaatkan lebih ramai iaitu hampr 9 juta penerima dengan implikasi kewangan berjumlah RM 8.2 bilion pada hujung bulan ini,” tambah beliau.

“Nilai bantuan itu ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi sisi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai seorang hingga dua orang anak dan isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih serta memperkenalkan kadar tambahan bagi kategori isi rumah terhad kepada ibu/bapa tunggal (IBT) dan warga emas,” tambahnya.

Sumber : Astro Awani

Leave a Comment