Tiada Syarat Khusus Diperlukan Untuk Pengeluaran Khas KWSP

 

Tiada Syarat Khusus Diperlukan Untuk Pengeluaran Khas KWSP

Berita baik kepada bakal pengeluar wang simpanan KWSP yang baru sahaja diumumkan oleh pihak kerajaan yang berjumlah sehingga RM 10,000. Sukacita diumumkan bahawa tiada syarat khusus diperlukan untuk membuat Pengeluaran Khas RM 10,000 ini.

TIADA SYARAT KHUSUS UNTUK PENGELUARAN KHAS

Setelah pengumuman Perdana Menteri mengenai pelaksanaan Pengeluaran Khas KWSP maksimum RM 10,000 terdapat info daripada sumber-sumber lain memaklumkan bahawa pengeluaran khas ini akan diagihkan secara bersasar.


Perkara yang boleh dicontoh adalah pengeluaran ini hanya boleh dilaksanakan kepada pencarum yang mempunyai simpanan melebihi RM 10,000 sahaja dan syarat-syarat khusus yang lain.


Walau bagaimanapun, setelah pihak KWSP mengeluarkan butiran ringkas mengenai syarat kelayakan pengeluaran ini tidak menunjukkan bahawa pengeluaran ini adalah secara bersasar seperti yang dikatakan oleh pelbagai pihak. 

Berikut adalah butiran mengenai Pengeluaran Khas ini :

1. Pengeluaran Khas terbuka kepada ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.

2. Permohonan Pengeluaran Khas KWSP dibuka bermula 1 April sehingga 30 April          2022 ini dan permohonan adalah secara online sahaja.

3. Pembayaran pertama akan dibuat bermula 20 April 2022 ini.

4. Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM 50 sehingga RM 10,000.

5. Pembayaran akan menggunakan baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 turut boleh digunakan.

Syarat yang diberikan di atas adalah lebih kurang pada pelaksanaan i-Citra dan i-Sinar yang lepas walaupun pengeluaran ini lebih sukar dilaksanakan seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri.

TARIKH BAYARAN PERTAMA

Mengikut daripada butiran yang dikeluarkan oleh KWSP, tarikh bayaran pertama adalah pada
  • 20 April 2022 

CARA PERMOHONAN

Permohonan Pengeluaran Khas ini hanya dibenarkan secara online sahaja melalui laman web rasmi KWSP. 

Tetapi buat masa kini, tiada panduan permohonan atau maklumat penuh mengenai permohonan Pengeluaran Khas yang akan dilaksanakan pada 1 April nanti.

0 thoughts on “Tiada Syarat Khusus Diperlukan Untuk Pengeluaran Khas KWSP”

Leave a Comment