Bantuan Hari Raya RM 500 Ini Dibayar Kepada Rakyat Malaysia Pada 25 April

 

Bantuan Hari Raya RM 500 Ini Dibayar Kepada Rakyat Malaysia Pada 25 April

Kerajaan telah mengumumkan sebuah bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 ini. Untuk mengetahui informasi lengkap bantuan termasuklah syarat kelayakan mengenai bantuan hari raya RM 500 yang mula dibayar kepada rakyat Malaysia pada 25 April ini sila rujuk artikel sehingga habis.

BANTUAN HARI RAYA KHAS AIDILFITRI

Setiap tahun pihak kerajaan pasti akan memberi bonus atau bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Begitu juga dengan tahun ini.

Ia bertujuan untuk membantu rakyat yang layak membeli barang untuk menyambut hari raya.

Dinyatakan bahawa bantuan khas ini membabitkan peruntukan RM 923 juta bagi manfaatkan lebih dua juta yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan termasuklah 

1. Pemberian bantuan ini adalah kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

2. Bantuan turut diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MyStep.

3. Selain itu, bantuan turut diagihkan kepada pesara penjawat awam dengan jumlah bantuan yang berbeza.

OBJEKTIF BANTUAN

Sudah tentu pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini dibuat atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut hari raya.

Kerajaan turut berharap pemberian bantuan ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara untuk dijadikan pemangkin kepada mereka untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi.

TARIKH BAYARAN

Berikut adalah informasi berkenaan tarikh bayaran bantuan khas tersebut 
Menurut Perdana Menteri, pembayaran bantuan ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 
  • 25 April ini

JUMLAH BANTUAN

Bantuan Khas berjumlah RM 500 akan diberikan kepada
  • semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta
  • kakitangan kontrak di bawah skim kontrak perkhidmatan dan
  • Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP
Manakala, bantuan berjumlah RM 250 akan diagihkan kepada
  • semua pesara kerajaan

Leave a Comment