Bantuan RM 150 Seorang. Ini Cara Tebus Bantuan Tersebut

 

Bantuan RM 150 Seorang. Ini Cara Tebus Bantuan Tersebut

Pelbagai insentif yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat khususnya golongan belia pada pembentangan bajet 2022 lalu. Ia termasuklah pemberian bantuan e-Pemula atau e-Wallet berjumlah RM 150 seorang.

e-PEMULA 2022

e-Pemula adalah sebuah bantuan rakyat dikhususkan kepada golongan belia serta pelajar sepenuh masa.

Pemberian bantuan ini adalah melalui transaksi tanpa tunai yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebagai tanda sokongan ‘cashless’.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan termasuklah :

1. Diberikan kepada rakyat yang berumur antara 18 sehingga 20 tahun sahaja pada tahun 2022.

2. Diberikan kepada pelajar sepenuh masa di mana-mana institut pengajian tinggi tanpa mengira umur.

CARA MENEBUS BANTUAN

Berikut adalah cara penebusan bantuan itu :


Sedia maklum, penebusan boleh dilakukan hanya daripada empat aplikasi termasuklah BigPay, ShopeePay, GrabPay dan Touch ‘n Go e wallet.

Manakala penebusan boleh dilakukan bermula 11 April sehingga 1 Jun sahaja.
  • Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut
  • Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
  • Di aplikasi e-tunai pilihan pemohon, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan e-Pemula / e-Start dan klik Hantar.
  • Sekiranya layak, pemohon akan dimaklumkan.

TEMPOH SAH BANTUAN

Untuk pengetahuan pembaca, e-Pemula ini mempunyai had tempoh untuk membelanjakan wang bantuan tersebut.

Anda perlu membelanjakan bantuan RM 150 tersebut sehingga 10 Jun 2022 sahaja.

CARA PENGGUNAAN

e-Pemula RM 150 itu anda hanya boleh melakukan pembayaran runcit melalui kedai fizikal sahaja dan tidak melibat sebarang urusan termasuklah:

  • Pemindahan kredit e-Pemula
  • Pembayaran bil, pasca bayar, prabayar dan lain-lain
  • Pembelian dalam talian
  • Pembayaran tol RFID dan PayDirect

Leave a Comment