Jangan Terpedaya Dengan Emel Palsu Scam Pengeluaran Khas KWSP

 

Jangan Terpedaya Dengan Emel Palsu 'Scam' Pengeluaran Khas KWSP

Sedia maklum, semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP sudah boleh dibuat. Disebabkan itu, para ‘scammer’ merasakan inilah peluang menipu pemohon dengan menghantar e-mel yang katanya mengandungi info semakan.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN E-MEL PALSU

Pihak KWSP menegaskan bahawa emel berkenaan status permohonan Pengeluaran Khas adalah PALSU.

Pemohon perlu waspada emel palsu berkenaan status permohonan Pengeluaran Khas. Anda perlu menyemak terlebih dahlu alamat emel penghantar dan jangan klik apa-apa pautan yang mencurigakan.

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah panduan untuk membuat semakan status permohonan :

1) Layari portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP.

2) Seterusnya, klik pada ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’.

3) Kemudian, anda perlu masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan di KWSP.

4) Seterusnya, klik semak status dan paparan status permohonan diberikan. Selesai.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, diumumkan bahawa semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula 9 April 2022.

Bolehlah sudah anda membuat semakan untuk pembayaran Pengeluaran Khas ini.

TARIKH BAYARAN

Bayaran akan dibuat secara sekali bayar sahaja mula 20 April ini.

Leave a Comment