Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP diawalkan bermula 18 April 2022 ini. Pembayaran Pengeluaran Khas ini diawalkan bertujuan untuk membantu para pemohon yang layak berbelanja keperluan hari dan sempena puasa serta hari raya yang akan menjelma.
Walau bagaimanapun, masih ramai ahli yang belum menerima pembayaran dalam beberapa hari ini dan bertanya-tanya mengapa pembayaran belum dikreditkan.
PENJELASAN PEMBAYARAN BELUM MASUK
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz sedia maklum bahawa ramai pencarum mengajukan soalan mengapa pembayaran belum dikreditkan kepada mereka.
Oleh hal demikian, berikut adalah respon daripada Menteri Kewangan berkaitan pembayaran yang belum dikreditkan.
Menurut beliau, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerima 5.3 juta permohonan dan jumlah pengeluaran RM 40.1 bilion yang dimohon bermula 1 April sehingga kini. Ia merupakan jumlah yang sangat besar dan perkara ini lagi menyukarkan apabila pihak KWSP perlu mengagihkan jumlah tersebut dalam masa yang singkat.
Oleh hal demikian, pihak KWSP sudah menegaskan bahawa penyaluran Pengeluaran Khas ini akan dibuat secara berperingkat.
Tambah beliau, memang bukan semua penerima akan menerima bayaran pada 18 hari bulan. Jadi, pencarum tidak perlu risau jika penyaluran belum dibuat kerana pihak KWSP
- telah memberi komitmen akan menyelesaikan kesemua permohonan sebelum hari raya Aidilfitri.
Tengku Zafrul turut berharap agar kesemua Keluarga Malaysia yang layak sentiasa bersabar menunggu pembayaran Pengeluaran KWSP ini.
PERKARA PENTING PENGELUARAN KHAS
Pelbagai perkara penting yang anda perlu tahu untuk Pengeluaran Khas ini termasuklah
1. Pembayaran Pengeluaran Khas Diawalkan
Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini diawalkan beberapa hari bermula
- 18 April berbanding tarikh sebelumnya iaitu 20 April
- Pembayaran diawalkan untuk memudahkan pemohon berbelanja sempena hari raya
2. Pembayaran Pada 18 April
Semakan status permohonan dipaparkan bahawa pembayaran pertama adalah pada 20 April. Walau bagaimanapun disebabkan tarikh bayaran yang diawalkan, dijangkakan bahawa
- semakan status pembayaran yang pada 20 April akan mula dikreditkan pada 18 April ini
- Namun, tiada info sahih yang diterima mengenai hal itu
3. Pembayaran Secara Berperingkat
Menurut Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Zafrul, sekiranya terdapat pemohon yang belum menerima bayaran pada 18 April, pemohon tidak perlu risau dan perlu tunggu untuk beberapa hari lagi.
Hal ini kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat. Sama seperti pembayaran i-Citra dan i-Sinar.
4. Bayaran One-Off
Sekiranya anda terlepas informasi mengenai jumlah bayaran yang akan dikreditkan. Pembayaran akan dilaksanakan sekali bayar atau one-off sahaja.
Ini bermaksud sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan terima RM 10,000 sekaligus.
5. Penggantian Jumlah Pengeluaran
Untuk pengetahuan anda, setiap jumlah pengeluaran anda perlu diganti semula melalui kadar caruman bulanan KWSP.
Ahli perlu menggantukan keseluruhan jumlah pengeluaran melalui Pengeluaran Khas ini dengan tambahan sebanyak 20 PERATUS (%).
Berikut adalah contoh pengiraan :
- Sekiranya anda membuat Pengeluaran Khas RM 10,000
- 20 % daripada RM 10,000 adalah RM 2,000
- Oleh itu, jumlah yang perlu anda ganti adalah RM 10,000 + RM 2,000 = RM 12,000
Caruman baharu yang diterima akam dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% daripada amaun pengeluaran seperti yang ditunjukkan di atas.
Setelah penggantian selesai, caruman akan kembali seperti biasa.
BUTIRAN PENUH PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS
Terbaharu, KWSP telah mengumumkan langkah untuk mengeluarkan RM 10,000 bagi memudahkan permohonan para pencarum. Para pencarum KWSP boleh membuat permohonan melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my
Sedia maklum, permohonan pengeluaran ini hanya terbuka kepada ahli
Sedia maklum, permohonan pengeluaran ini hanya terbuka kepada ahli
- di bawah umur 55 tahun dan
- pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran iaitu one-off serta
- dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli.
- Untuk pengetahuan anda, permohonan pengeluaran khas ini akan bermula pada 1 April 2022 dan ditutup padad 30 April 2022 ini.
- Manakala, semakan status bermula pada 9 April 2022 dan pembayaran bermula pada 20 April tetapi diawalkan bermula 18 April.