Sedia maklum, disebabkan banjir yang berlaku baru-baru ini banyak kereta yang masih tersadai di tepi jalan yang belum dibaiki. Jika dibaiki pun, kosnya mencecah sangat tinggi. Hanya sedikit sahaja rakyat yang mengambil insurans bencana alam untuk kenderaan.
Disebabkan itu, sehingga hari ini ramai rakyat yang kerosakan kereta disebabkan banjir dan tidak mengambil insurans bencana alam kenderaan tidak membaiki kenderaan mereka. Hal ini kerana, kos yang sangat tinggi.
BANTUAN ALTERNATIF KELUARGA MALAYSIA
Pihak Kerajaan telah melancarkan sebuah insentif untuk membantu rakyat yang terkesan akibat banjir.
Bantuan ini diberikan kepada rakyat yang memiliki kerosakan kereta disebabkan banjir.
TARIKH PERMOHONAN
Tempoh permohonan Bantuan Alternatif Keluarga Malaysia untuk Bengkel Tidak Berdaftar telah dibuka bermula
- 19 Januari sehingga 31 Mac 2022 ini
SYARAT KELAYAKAN
Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan kepada pemohon
- Warganegara Malaysia
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
- Kenderaan milik persendirian Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi RUmah (AIR) yang rosak akibat banjir
- Ahli Isi Rumah (AIR) terhad kepada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu sahaja
- Kenderaan yang tidak dilindungi dengan insuran bencana alam
SYARAT TUNTUTAN
- Bantuan ini berkuatkuasa pada 18 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur laut.
- Jenis kenderaan yang layak adalah kenderaan yang rosak akibat banjir dalam kategori kenderaan persendirian (termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan motosikal) tanpa perlindungan insurans bencana alam sahaja.
- Hanya kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan.
CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat melalui dua (2) kaedah iaitu secara online atau manual.
1. Permohonan Online
- Permohonan perlu dibuat melalui portal rasmi berikut : https://bantuanautomotif.hasil.gov.my/
- Klik ‘Mohon Disini’ dan seterusnya isikan maklumat pemohon, pengesahan dan hantar
2. Permohonan Manual
- Muat turun borang permohonan disini : BORANG PERMOHONAN
- Kemudian hantar di Pusat Kawal Operasi Bencana (PKOB) atau Cawangan LHDNM berdekatan
DOKUMEN SOKONGAN
Antara dokumen yang diperlukan ialah :
- Resit pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak dan musnah akibat banjir.