Pembayaran Pengeluaran KWSP Kembali Diteruskan

Pembayaran Pengeluaran KWSP Kembali Diteruskan

 Pembayaran KWSP telah mulai dibayar sejak 18 April lagi. Walau bagaimanapun, pembayaran terpaksa ditanggukan kerana cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu pembayaran terakhir adalah pada 2 Mei 2022.

PEMBAYARAN PENGELUARAN KWSP KEMBALI DIBAYAR

Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP kembali disambung setelah cuti perayaan selama 2 hari.

Oleh itu, pembayaran telah disambung kembali bermula
  • 5 Mei 2022
Walau bagaimanapun, hanya permohonan tertentu yang akan dibayar bermula 5 Mei. Sila rujuk di bawah.

KATEGORI YANG DIBAYAR PADA 5 MEI

Terdapat satu ketegori permohonan yang diumumkan oleh pihak KWSP yang akan dibayar selepas hari raya iaitu pada 5 Mei.

Kategori tersebut hanya pada permohonan Pengeluaran Khas yang dibuat 
  • bermula 28 April dan ke atas sahaja
Tapi sekiranya, anda membuat permohonan pada 27 April dan ke bawah pembayaran dilaksanakan sebelum 3 Mei.

PERKARA PENTING PENGELUARAN KHAS

Pelbagai perkara penting yang anda perlu tahu untuk Pengeluaran Khas ini termasuklah 

1. Pembayaran Pengeluaran Khas Diawalkan

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini diawalkan beberapa hari bermula
  • 18 April berbanding tarikh sebelumnya iaitu 20 April
  • Pembayaran diawalkan untuk memudahkan pemohon berbelanja sempena hari raya

2. Pembayaran Pada 18 April 

Semakan status permohonan dipaparkan bahawa pembayaran pertama adalah pada 20 April. Walau bagaimanapun disebabkan tarikh bayaran yang diawalkan, dijangkakan bahawa
  • semakan status pembayaran yang pada 20 April akan mula dikreditkan pada 18 April ini
  • Namun, tiada info sahih yang diterima mengenai hal itu

3. Pembayaran Secara Berperingkat

Menurut Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Zafrul, sekiranya terdapat pemohon yang belum menerima bayaran pada 18 April, pemohon tidak perlu risau dan perlu tunggu untuk beberapa hari lagi.

Hal ini kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat. Sama seperti pembayaran i-Citra dan i-Sinar.

4. Bayaran One-Off

Sekiranya anda terlepas informasi mengenai jumlah bayaran yang akan dikreditkan. Pembayaran akan dilaksanakan sekali bayar atau one-off sahaja. 

Ini bermaksud sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan terima RM 10,000 sekaligus.

5. Penggantian Jumlah Pengeluaran

Untuk pengetahuan anda, setiap jumlah pengeluaran anda perlu diganti semula melalui kadar caruman bulanan KWSP. 

Ahli perlu menggantukan keseluruhan jumlah pengeluaran melalui Pengeluaran Khas ini dengan tambahan sebanyak 20 PERATUS (%). 

Berikut adalah contoh pengiraan :
  • Sekiranya anda membuat Pengeluaran Khas RM 10,000
  •  20 % daripada RM 10,000 adalah RM 2,000
  • Oleh itu, jumlah yang perlu anda ganti adalah RM 10,000 + RM 2,000 = RM 12,000
Caruman baharu yang diterima akam dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20%  daripada amaun pengeluaran seperti yang ditunjukkan di atas.


Setelah penggantian selesai, caruman akan kembali seperti biasa.

Leave a Comment