Kaunter rayuan BKM kini dibuka. Bagi memudahkan urusan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka kaunter rayuan BKM bermula 9 Mei hingga 2 Jun 2022 selain daripada rayuan yang boleh dibuat secara online.
Perkhidmatan kaunter rayuan BKM ini di buka di Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Setem / Urban Transformation Centre (UTC) di seluruh negara.
Sebagai maklum rayuan BKM dibuka bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan bantuan ini.
SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BKM ?
Pemohon yang layak untuk membuat permohonan rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM atau
- Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja
TARIKH RAYUAN BKM
Berikut adalah tarikh rayuan BKM yang dibuka selama sebulan :
- Rayuan Dalam Talian – mulai 2 Mei hingga 2 Jun 2022
- Rayuan Secara Manual Dengan Menggunakan Borang – mulai 9 Mei hingga 2 Jun 2022
CARA PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022
Berikut adalah kaedah permohonan rayuan BKM 2022
1. Rayuan Secara Dalam Talian
- Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi BKM LHDNM di bkm.hasil.gov.my
2. Rayuan Secara Manual
- Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan menggunakan borang rayuan BKM 2022, anda boleh membuat penghantaran di cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran
- Borang rayuan akan dikeluarkan sebelum 9 Mei
TARIKH BAYARAN RAYUAN
Menurut Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), setelah pangkalan data BKM dikemaskini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus akan dibayar pada
- pembayaran BKM Fasa 3 dan 4 yang dijadualkan pada bulan September dan Disember 2022
Sumber : https://bkm.hasil.gov.my/