Bantuan Kewangan RM 250 Sehingga RM 500 Kepada Rakyat Yang Layak

 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan untuk menjaga kebajikan masyarakat berlandaskan 5 aspek utama iaitu perlindungan, perlindungan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Melalui JKM, pelbagai jenis bantuan telah dan akan disalurkan kepada masyarakat termasuklah kanak-kanak, orang kurang upaya dan orang tua.

BANTUAN ANAK PELIHARA

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Anak Pelihara (BAP). Bantuan ini diberi kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, tidak mempunyai ahli keluarga atau saudara mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama keluarga pelihara.

Bantuan ini turut mampu meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga seperti anak sendiri.

JUMLAH BANTUAN

  • Berjumlah RM 250 sebulan untuk seorang anak pelihara
  • Maksimum RM 500 sebulan untuk keluarga yang menjaga 2 orang atau lebih anak pelihara

SYARAT KELAYAKAN

  • Kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Kanak-kanak tidak mempunyai ibu bapa kandung
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga melalui Program Anak Pelihara yang dikehendalikan oleh JKM atau kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara permohonan yang perlu dibuat untuk permohonan di atas :
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon, urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

DOKUMEN PERMOHONAN

  • Borang Permohonan JKM 18
  • Borang Kaji Semula JKM 20
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Anak Pelihara
  • Salinan Kad Pengenalan individu berkaitan
  • Salinan penyata gaji
  • Dokumen lain yang berkaitan

Leave a Comment