Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat berteraskan perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.
BANTUAN ORANG TUA (BOT)
Golongan warga tua merupakan golongan yang sangat diambil berat oleh pihak kerajaan. Disebabkan itu, terdapat pelbagai jenis bantuan disalurkan kepada golongan terbabit termasuklah bantuan ini.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban warga emas menyara kehidupan semasa tanpa perlu pergi keluar mencari rezeki.
JUMLAH BANTUAN
Bantuan berjumlah RM 500 sebulan kepada seorang penerima yang layak
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Malaysia
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Warga emas tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau
- mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
- Pendapatan tidak melebihi PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Per Kapita
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan di seluruh negara.
Setiap permohonan akan dijalankan siasatan penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon, urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
DOKUMEN PERMOHONAN
- Borang Permohonan JKM 18
- Borang Kaji Semula JKM 20
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Penyata Gaji
- Mana-mana dokumen berkaitan