Bayaran BKM Fasa 2 Dikreditkan Pada Hujung Bulan Jun

 

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan kembali diteruskan pada bulan Jun ini yang dikenali sebagai pembayaran BKM Fasa 2. 

KADAR BAYARAN BKM FASA 2

Jumlah bayaran kepada penerima BKM Fasa 2 adalah berbeza daripada jumlah bayaran untuk Fasa 1 lepas. 
Untuk Fasa 2 ini, pembayaran tertinggi adalah berjumlah RM 400 tetapi ia hanya untuk Kategori Isi Rumah berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah sahaja.
Manakala untuk kategori lain pula, jumlah pembayaran adalah berbeza-beza mengikut kelayakan.

PEMBAYARAN PADA HUJUNG BULAN JUN

Ya, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah pula dengan kadar inflasi menyebabkan harga barangan semakin meningkat, sudah tentu pembayaran BKM Fasa 2 ini mampu meringankan serba sedikit beban rakyat.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak kerajaan belum mengumumkan tarikh rasmi berkenaan tarikh bayaran BKM Fasa 2 ini. 
Tetapi anda tidak perlu risau kerana sudah dijadualkan bahawa pembayaran BKM Fasa 2 ini dikreditkan pada Jun 2022.
Jika mengikut jangkaan pembayaran, dijangkakan bahawa pembayaran mungkin akan dikreditkan bermula minggu ketiga sehingga keempat Jun ataupun pada penghujung bulan Jun 2022 ini.
Hal ini kerana, kebanyakan bantuan kerajaan mula dikreditkan pada minggu sedemikian termasuklah BKM Fasa 1 pada Mac lepas.

SEMAKAN STATUS BKM FASA 2

Semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 dapat dilakukan melalui portal rasmi BKM

SEBAB PERMOHONAN BKM TIDAK LULUS

Berikut adalah beberapa kod dan contoh mengapa permohonan BKM anda tidak lulus
  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan memerlukan pengesahan
  • 12 – Anda berdaftar sebagai Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat/ Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Penerima GKP sebelum ini
  • 31 – Status perkahwinan perlukan pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan 

KATEGORI YANG LAYAK

Tidak seperti pembayaran BKM Fasa 1, dimana kesemua kategori terima bayaran. Untuk BKM Fasa 2, kesemua kategori layak kecuali 2 KATEGORI yang tidak layak untuk menerima BKM Fasa 2 iaitu
  • Bujang berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah yang berumur 59 tahun dan ke bawah
  • Ibu bapa tunggal yang tiada anak, berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah serta berumur 59 tahun dan ke bawah
Selain daripada 2 kategori di atas, layak untuk terima BKM Fasa 2.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh terus rujuk portal rasmi BKM dan Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Leave a Comment